Tindakan Pendatang asing tanpa izin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa berusaha menangani masalah PATI di Malaysia. Kerajaan telah mengusul cadangan kepada Indonesia, Bangladesh dan Nepal agar setuju rakyat mereka dipulangkan ke ketiga-tiga negara tersebut dan menjadi contoh kepada negara-negara lain untuk berbuat demikian. Selain itu, melalui Operasi (Op) Benteng, operasi berkenaan menyasarkan pelabuhan-pelabuhan haram di sekitar Johor yang menjadi tumpuan rakyat Indonesia mencari pekerjaan di Malaysia. Kebanyakan mereka yang masuk negara ini secara haram adalah dihantar oleh tekong warga asing dan tempatan serta mereka diupah oleh ejen yang tidak sah. Melalui tindakan-tindakan yang dilakukan oleh KDN, JIM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kegiatan jenayah rentas sempadan dapat dielakkan dan seterusnya menajmin kesejahteraan dan keselmatan rakyat tempatan. Di samping itu, dengan pembinaan Depot Tahanan Imigresen (DTI), PATI yang ditangkap akan ditempatkan di sana sebelum dihantar pulang ke negara mereka. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) harus membina pos sempadan, menutup semua laluan tikus dengan menagwal laluan tersebut dan menjalinkan hubungan ketenteraan dengan PDRM dan angkatan tentera dari negara PATI datang ke Malaysia, termasuklah Tentera Nasional Indonesia (TNI) agar masalah berkaitan mereka dapat diatasi.[perlu rujukan]

Antara tindakan undang-undang yang akan mereka hadapi adalah:

  • Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 - bagi tekong yang didakwa membawa PATI secara haram.
  • Akta Imigresen 1967 - bagi warga asing yang berada di Malaysia secara tidak sah.